Monday, April 11, 2011

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin:.

Terdapat 2 kaedah bersalin

1.Normal
2.Pembedahan Cesarean

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Normal

1.Luka episiotomy atau koyakan selepas bersalin. Biasanya luka ini dijahit dengan benang jenis "catgut" iaitu sejenis benang yang dibuat daripada protein dan akan hancur serta lesap dengan sendirinya selepas 10 hingga 12 hari. Luka ini perlu dicuci setiap hari dengan menggunakan Remedi cecair L7 (L7 Salindah) iaitu rumusan khas Dr Azizan khusus untuk merawat luka atau jahitan dengan cepat. Malah ia juga dapat menghilangkan rasa sakit pada luka jahitan dan mencegah jangkitan kuman dan berlaku penanahan. L7 ini juga dapat digunakan untuk menyuci pusat bayi.

2.Ibu yang baru bersalin, selepas 8 jam adalah digalakkan terus mengambil Remedi L8 bagi membantu menyembuh rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan dan sakit kepala.

3.Mulai hari kedua selepas bersalin, ibu akan merasa bisa-bisa dan sengal badan. Dengan ini Remedi L9 adalah rumusan istimewa untuk membantu ibu menghilangkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat dan menguatkan seluruh anggota badan.

4.Rahim akan mengecut selepas 6 hari bersalin. Bagi membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim ini ibu digalakkan mengambil Remedi L10 (mulai hari keenam) untuk membantu mengecutkan serta mengangkat rahim kembali kepada kedudukan asal. Malah remedi ini juga turut membantu mengurangkan simpulan urat biru. Sekiranya rahim tidak mengecut dan pendarahan berterusan, kemungkinan terdapat cebisan uri yang masih tertinggal di dalam rahim. Jadi ibu perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

5.Ibu selepas bersalin juga memerlukan Remedi Tonik L11 (mulai hari ketujuh) dan Remedi L12 (mulai hari ke 21) bagi membantu menjaga kesihatan ibu agar senantiasa sihat dan bertenaga. Di samping memulihkan dalaman secara keseluruhan dan memberikan kekuatan kepada ibu.

6.Penjagaan buah dada adalah penting. Ini bagi memastikan kelancaran susu dan kebersihan buah dada sentiasa terjaga. Sekiranya buah dada terasa sakit dan kemerahan perlu perhatian doktor. Namun bagi membantu ibu yang pertama kali bersalin dan mendapati terdapat masalah kurang susu ibu atau puting tersumbat dapatkan RTC bagi membantu menambah kandungan susu ibu.

7.Ibu dinasihatkan agar displin mengambil set Salindah lepas bersalin sehingga habis agar ianya dapat memberikan kesan yang maksima. Malah ibu ibu juga digalakkan untuk menjalani rawatan tradisional yang lain seperti mengurut, bertangas, benkong dan bertungku bagi mempercepatkan lagi proses pemulihan ibu selepas bersalin.

8.Sesetengah ibu yang baru lepas bersalin amat bimbang dengan masalah kesukaran untuk membuang air besar. Di sini dicadangkan agar ibu ibu mengambil BioFiber berupa minuman kesihatan. Ia baik untuk membetulkan fungsi penghadaman bagi proses metabolisme tubuh. BioFiber ini mengandungi fruktran yang merupakan serat buah-buahan yang mudh larut dalam air. Di dalam perut BioFiber secara khusus membentuk cecair likat dan pekat seperti gam bagi membantu memudahkan proses membuang air besar.

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Melalui Pembedahan Cesarean

Bagi ibu yang telah menjalani pembedahan cesarean adalah digalakkan mengambil produk salindah selepas habis ubat penahan sakit yang diberikan oleh pihak hospital. Oleh itu ibu tidak lagi perlu mengambil produk L7 untuk luka sekiranya pihak hospital telah sediakannya. Namun L7 ini amat sesuai untuk digunakan untuk menyuci pusat bayi atau mana-mana luka dari dijangkiti kuman serta mempercepatkan proses pemulihan pada luka tersebut.

Jadi ibu seterusnya boleh mengambil Remedi L8-L12 mengikut panduan memakan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk faedah dan kebaikan penggunaan Salindah di sini).

Penjagaan Bayi Selepas Bersalin

Bayi yang baru lepas bersalin mudah dijangkiti penyakit. Jadi rawatan terbaik untuk bayi adalah seperti berikut:

1.Penyakit Kuning - ambil RTD
2.Kembung Perut - sapu ubat Minyak Bidara
3.Batuk - minum Asmakur
4.Selsema - ambil B1

Tips - Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin

Tips - Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin

Cara untuk menghilangkannya ialah dengan menyapu baby losyen diperut dan di sekeliling pinggang setiap kali selepas mandi dan sebelum menyapu pengempis perut / campuran kapur & air limau nipis. Oh ya, anda tidak perlu menunggu sehingga losyen kering baru anda menyapu gel pelangsing atau campuran air limau dan kapur, sebaliknya terus sahaja sapu bahan pelangsing sebaik sahaja selepas losyen diletakkan. Mudah bukan..? Pasti perut anda kembali ke warna asal seperti sebelum mengandung selepas habis 44 hari berpantang.


Bayi Kerap Menangis
Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa
• Usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7x

Melancarkan Susu Ibu
. Ketika kandungan mencecah 6 atau 7 bulan, ambil segenggam beras dan sehelai daun sirih. Ramaskan kedua2nya di dalam secawan air suam. Seminggu sekali bersihkan payudara ketika mandi dengan air suam. Kemudian usapkan payudara dengan campuran air beras & daun sirih. Insya-ALLAH,selepas beberapa kali mencuba, payudara kurang membengkak & saluran susu akan terbuka serta mengeluarkan cecair putih yg jernih. Ini menunjukkan susu ibu telah tersedia untuk si comel. Selamat mencuba.

Lebatkan rambut bayi
. Bagi melebatkan rambut bayi, kemujaraban susu ibu dan daun cekur manis sememangnya sudah terbukti. Selepas rambut bayi dicukur, ambil empat atau lima helai daun cekur manis & ditumbuk sehingga halus. Kemudian gaulkannya bersama sesudu perahan susu ibu. Lumurkan di atas kepala bayi sehingga kering.Selepas itu,barulah dicuci bahagian itu.Amalkan petua ini selama 3 hari berturut2.Insya-ALLAH rambut bayi akan cepat tumbuh,lebat dan hitam.

Sembuhkan Sakit Mata
. Caranya mudah sahaja, Titiskan satu hingga dua titik susu badan ke dalam mata yang sakit.Amalkan kaedah ini dua hingga tiga kali sehari.Insya-ALLAH mata yg sakit akan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu belanjakan wang ke klinik.

Redakan Selesema
. Bagi mengatasi masalah bayi selesema, ambil sedikit kunyit hidup dan dibakar sehingga menjadi kering.Setelah itu,sapu sedikit di ats ubun bayi anda dan juga batang hidungnya.Ulangi petua ini sekerap mungkin.Insya-ALLAH,selesema bayi akan reda dan kering.

SUSU bertambah
- Selain makanan,minuman,supplement untuk tambah susu,ada jg petua yang mudah diamalkan dan menjimatkan iaitu: daun sirih & minyak masak. Ambil minyak masak dan disapu rata pada bahagian atas sirih.kemudian, layurkan diatas api.Apabila sudah sejuk dilayur tampalkan pada payudara anda.Insya-ALLAH sekiranya kerap diamalkan anda akan dapat melihat hasilnya. Selamat mencuba.

INFO
. Pengambilan ubatan homeopati semasa hamil juga membantu mengurangkan kesakitan otot dan mengelakkan daripada kekejangan.
. Homeopati terdapat dalam produk SALINDAH.Produk yg HALAL & Diluluskan. Bagi yg masih tercari2 produk utk sebelum & selepas bersalin segeralah dapatkan SALINDAH sebagai pilihan.

Thursday, April 7, 2011

Maafkan mama BOBOY

Hari ni mmg takder mood + sedey yg teramat sangat. Air mata masih nak meleleh lagi kalo ingat kan boboy.. semalam dah melalak pai hubby nek penat mujuk.. "sian ziqry ma, sudahlla tu nangis"

semalam bau happy2 kenalkan Boboy pada kawan2 semua kat FB tp hari ni Boboy dah takder! Sial betul! salah aku semalam g kerja tinggal kan Boboy kat luar.. nak ikutkan patut takder aper2 tp tak tau pulak perkara ni jadi..

semalam pas balik cuti, Boboy sihat2 je dgn perut buncit dia.. lari sana sini. bagi makan bubur. tu la org kate, benda nak jadi kita bukan tau..

semalam balik kerja, aku jerit nama Boboy.. senyap je. cuma nampak Lysy kat car porch. dalam hati mana boboy ni.. tgk2 BOBOY dah tergolek tepi citra. BOBOy kena gigit ngan kucing len.. Ya ALLAh. rasa nak pitam aku.. Maafkan mama.. ma tak tau jd mcm nih.. sedey sgt.. se nak nagis lg.. mmg takder rezeki nak jg dia pai besar. MMg aku sumpah kucing yg gigit BOBOY tu .. biar dia mampous kena langgar lori.. Sial betul! bangsat! seriously aku emo sgt..

Semoga Boboy ingat kan aku dah aku takkan luper dia... Mama syg Boboy~~

Wednesday, April 6, 2011

Elly Bestday -

today is papa bestday.. Happy bestday sayang~~

doa mama, moga segala yg papa hajati dan ingini (yg baik2 je) akan tercapai dah di permudahkan ALLAH. Dan tak lupa ma nak katekan disini.. mak akan selalu berada disisi papa susah dan senang.. saranghei~~

tapi yg tak syok nye, detik jam 12am tu, aq leh terbungkang atas katil, boleh?.. haiyakkk tak pernah2 miss bestday dia.. dah kawin ni leh miss lak.. ke banr kate org bila dah kawin kita amik hal nih sebagai remeh temeh? tp sorry beb... aq terbungkang semalam coz penat bau balik bercuti 3D2N kat Endau Beach resort (update later eh story cuti2 nih)

Sian hubby, patut la malam tadi org tgh nyenyak tido dia leh ngomei2 mana remote tv, remote tv.. pai aq kna bangun carikan pulak atas katil ahaksssss (rupenyer ader udang sebalik kangkung) ahhhaha.. still tak alert.. sempat berdengus pastu sambung tido balik wakakakakk.. soryy honey.. my bad huhuhu.. pasang tv cket nyer kuat tgk wrestling dlm bilik huhhh

pagi tadi nak gi kerja, aq leh luper jugark pai la setengah jalan dia nyanyi " hapi bestday to me" aku dengau je terus sambung " happy bestday to you" konon aku tak luper.. terus peluk and cium pipi dia.. Happy bestday sayang,, love you.. moga papa dapat ape pa nak eh.. petang nanti ma beli adiaah ehh.. "

nak beli adiah bagi tau" kate nyer ~ ayat nak suprise la plak huhuh.. tapi dah terlepas ckp.. kate nak cover semalam tak wish tepat jam 12am kan.. huhuu.. makin manja suami ku nih.. ngada2.. pada bestday mama tahun lepas dia pun terbungkakng jugark.. !! ( terbalas dendam tanpa sengaja hahah)

hadoi.. sorry sangat2 sayang.. semalam dah ingat. tiba masa penat sgt kot.. tu yg ilang ingatan kejap..

Hubby siap cakap, org dah hint kejut malam, pasang tv kuat2 tp takder respon jugark huhuhu... "kecewa'" wahahahah

Malam ni ma return ye papa.. haissssshhhh sian hubby aku hehee nasib dia tak majuk huhuhu.. kalo tak oittttttt~