Friday, October 28, 2011

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

salam,
pg ni masuk opis terus on monitor, katenyer tak shutdown CPU. off monitor jer.. Senang kan.. (mode malas nak tunggu CPU on)

terus check inbos outlook express. Dapat satu emai yg aku rasa boleh aku sematkan dalam blog ni utk peringatan sendiri juga share degan korang..

Jom~~


Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti
       1.     Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan
22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23.   Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

Monday, October 24, 2011

Ziqri oh Ziqry

arini cm boring je kat opis. keje banyak tp dah end month mmg mcm nih la perasaan nye.

tp hari ini ok2 je.. keje banyak2 kan.. rindu kat anak teruna kt umah..

setiap pg opah bawak dia keluar hantar mama gi keje.. senyummmmm aje dia. mcm tau mama keluar cari rezeki tuk dia.. bila petang balik wahhhhhhh senyum terloncat2 bila mama dia kasi salam..

Ma doa anak mama jd anak yg baik je.

Thursday, October 20, 2011

angry bird look alike ~~

entry hari ini

A.N.G.R.Y B.I.R.D ~~

ramai tol yg suke ngan burung nih.. termasuk la kami sekeluarga, actually gambar ni amik lepas raya hari tu.. mak mertua aq amik kan.. sporting kan..

just for sharing and buat seri ni blog nih..


hahaha angry bird kan - pingsan

+

+

+

+

Junior agry bird

kami yg sebenarnya pasangan yg - comei and cute

Wednesday, October 19, 2011

ziqry sudah 6 bulan~ kebanggaanku

salam..
lama tak update. mana tak nyer. kat umah melayan karena sayang saya. yela siang tentu dia ngan opah. so malam ngan mama dia kat umah atas hahaha.. dia suke bila nek bilik atas golek2..

ziqry sudah 6 bulan. cepat besar sayang ye.. semakin comel - cute - kacak - enchem seperti mama n papa nyer.. canteik menarik sepanjang tahun wahahhaaa.
mmg comel ziqry saya. lollll ~~


ni masa ziqry umur 6 bulan n 1 hari - bawak dia jalan2 and beli topi.
topi baru tu.. match kan dengan baju dia.. RM 15 mahal nak mampoussss..
dah mcm topi bapak dia.. padahal topi kecik je. kalo beli kat pemborong bau 5 hengget kot.
 tp takper. mama beli ikhlas tuk ziqry mama ni.. nama enchem dia pakai..


hahahah cute miut kan.. masa ni golek kat atas hari sabtu..
kate mama bangun pagi sambung tido balik ngan bb. pas bangun,
boring tak tau nak buat ape ~ kita photoshoot la. haahhaah ~
 mmg terserlah ke cutetan mute sayang.. muaaaaaaaahhhh
~ mate bulat cam papa, comel cam mama ~


Bila Ziqry suke sangat - OCT 2011


SANGAT SUKE HATI BILA MAMA DIA BUAT MUKA AND SORE COMEIL.. i LOVE MAMA KATE NYER..